Wednesday 21 February 2024

kiSaH akU..SejaraH Aku (Part 2)

 34) Buat loan ASB sebanyak rm200k

Memandangkan aku ni takde saving,aku pun buat loan asb atas nama bini aku pada tahun 2011.Aku nak guna nama aku pun tak boleh sebab sangkut dengan CTOS.Sekurangnya bini aku ada juga CCRIS dan loan bank.

Tujuan aku ialah force saving dan awal tahun boleh duit dividen untuk membuatkan aku kaya sekejap.Memula tu buat loan asb rm100k.Lepas 6 bulan,tambah lagi rm100k.Penat membayar tapi bila awal tahun membuah hasil.Masa ni buat loan asb masih untung sebab PNB bagi dividen 7% keatas.



35)Rumah Kondo bagi sewa

Sebelum aku dapat kunci rumah kondo,aku buat surat tawaran menyewa kepada kolej yang berada di ground floor bangunan tu.Aku berbuat demikian sebab aku tau aku tak mampu nak bayar loan rumah.Walhal aku menyewa rumah flat pun sebulan rm400,tetiba nak bayar loan rumah beharga rm1300...memang tak le jawabnya.

Bulan 4 tahun 2013 tu aku dah boleh kunci rumah kondo.Bila dapat rumah,dah tentu kena ada belanja besar sebab nak masukkan kipas lampu dan grill.Pening juga aku pikirkan tapi alhamdulillah ada sorang agen ni call kata berminat nak sewa rumah aku sebulan rm1300.Aku pun terima tawaran agen.Dia  pasang semua lampu kipas dan grill manakala tiap2 bulan aku boleh sewa bulanan.Duit sewa tu aku guna bayar loan bank.




36) Berhenti kerja kerana sakit dan nama blacklist

Aku kat tempat kerja mula stress.Aku mula tak bergaul dengan kawan kilang.Kerap ponteng disebabkan cepat mengantuk akibat penyakit skizo dan juga part time berniaga yang aku buat pada waktu malam.Ubat jarang makan sebab aku cuba nak rawat tanpa pengambilan ubat.Disebabkan stress tu yang membuat aku kerja setakat 4 tahun sahaja di Jfoong Berhad.

Aku kembali tabiat lama iaitu ambil loan personal dan kredit kad ,belanja buat modal berniaga tanpa membayar membuatkan nama aku blacklist kembali.Masa aku diterminate pada May 2013 akibat kerap ponteng,kilang bayar pampasan sebulan gaji.Boleh la duit tu habuan aku nak mulakan bisness.Aku berhenti setelah aku sempurnakan janji aku nak bangunkan department CNC tersebut.

Alhamdulillah terlaksana janji aku pada tokey Jfoong.



37) Tambah seorang putri

Alhamdulillah..Tahun 2013,Allah amanahkan seorang puteri kepada aku.Aku namakan Nur Zahra Alynna.Pernah dia sawan masa usia setahun lebih.Kelam kabut aku dan bini bawa p klinik.Lepas tu rujuk Hospital Sungai Buloh.Kes kalsium tak cukup dalam badan.Alhamdulillah sekarang ni dah pulih setelah ambik ubat secara berterusan selama 3 tahun.

Mudahan anak aku membesar sihat dan cerdas hendakNya.




38) Berniaga uptown danau kota 


Sebelum aku berhenti kerja,hampir setahun juga aku berjinak jinak berniaga di kaki lima dan pasar malam dengan cara menumpang tapak orang.Mula tu aku jual simkad dan wiper kereta.Memandangkan aku kerap tumpang tapak orang,aku putuskan untuk beli 1 tapak kat uptown Danau Kota yang berharga rm5k.Beli tapak mahal tapi jual simkad dengan wiper...adehhhh

Selepas diberhentikan kerja,aku pun setup perniagaan pakaian celoreng.Masyukk beb berniaga ni sebab sebulan sale boleh rm20k.

Dari satu tapak,aku beli tapak sebelah dan membuatkan gerai aku lebih besar dan meriah.Barang niaga,aku sendiri turun ke China,Vietnam dan Thailand untuk ambil barang.Negara pertama yang aku pergi naik flight ialah Vietnam.China tu 2-3 kali juga turun.Thailand aku pergi hatnyai sahaja.Tu pun tiap2 minggu pergi sebab nak restock barang niaga.Letih beb tapi sale berbaloi.

Selama aku berniaga kat Danau Kota,ada la 3-4 kali aku heret anak bini pi berniaga.Tu pun sebab aku nak depa merasai suasana berniaga di bulan puasa dan malam raya sebab meriah.





39) Jatuh sakit

Pada pertengahan tahun 2014,aku jatuh sakit teruk.Penyakit skizofrenia mula menyerang aku.Abang aku dari penang mai kutip aku kat selangor untuk dibawa pulang sebab bapa aku nak rawat.Lebih kurang 2 minggu juga aku dirawat.

3 kali penyakit skizo serang aku dan aku dok mengaku yang aku ni Nabi Isa.Aku pun tak tau sebab apa aku mengaku Nabi Isa tapi ciri bentuk fizikal yg disebut Nabi Muhammad tu ada pada aku.Bertubuh sederhana,gempal,rambut ikal,warna kulit coklat(sawo matang).Lagi pun aku pelik sebab aku jadi faham quran dan hadis. Tu yang buat aku bingung sebab apa aku boleh faham agama?

Sebulan juga aku tak niaga.Mana mau cari wang yer??Alhamdulillah,walaupun sebulan aku tak berniaga tapi aku takde la sulit sangat sampai nak mengemis.Ada la rezeki terselit selit untuk tampung belanja keluarga aku.




40) Dapat tawaran kerja tapi tak pergi

Hujung tahun 2014 tu ada satu kilang berminat nak ambil aku kerja,Setelah di interview,kilang tu nak bagi gaji sebanyak rm3400.Aku ok ja sebab jualan niaga masa ni dah merundum 50%.Aku tanya bini aku sama ada nak duduk selangor atau nak balik penang?Bini aku berkeras nak balik penang.

Masa hari aku nak pergi kerja tu,bini aku gerak aku tapi aku liat nak bangun.Bila dah bangun,kelam kabut aku call HR kilang tu dan minta maaf sebab tak dapat hadir.Adehh..melepas peluang aku nak kerja situ.Lagipun sakit aku belum berkurangan menyebabkan aku susah nak tidur malam.Bila mai siang hari aku mudah letih dan mengantuk.



41) Jual condo dan tapak uptown sebelum balik penang

Pada awal tahun 2014,aku ambil balik kondo tu dan bawa anak bini dan mak aku tinggal situ.Tujuannya ialah aku nak bagi keluarga aku merasai duduk rumah high class.Masa nak mai sakit skizo yang kronik,aku culas nak bayar loan.3 bulan tak bayar kat bank.Tu yang aku cepat2 jual rumah ni sebelum kena lelong.

Alhamdulillah,rumah terjual dengan harga rm390ribu.Maknanya ada lebihan hasil jualan tu sebanyak rm88k dalam tangan.

Kedua dua tapak Uptown Danau Kota juga aku jual dengan kesemuanya berjumlah rm10k.

Dan aku pulang ke Penang dengan bergaya sebab boleh duit berkepuk..hehehehe.



42) 5 bulan tak kerja

Aku balik ke penang pertengahan bulan 12 tahun 2014.Berbekalkan duit jualan rumah tu,aku renovate sendiri rumah flat yg aku duduk tu.Aku gunakan duit tu untuk tebus barang kemas,bayar hutang lapuk,beli mesin jahit dan emas perhiasan,bayar bil utiliti dan loan asb setahun.Walaupun duit banyak tapi aku tak bayar hutang bank sebab bagi aku tak ada keperluan untuk buat loan masa tu.Lagipun aku tak kerja.

5 bulan aku tak kerja sebab aku nak rileks dan enjoy dulu.Akhirnya duit pun mula kehabisan dek kerana aku tak mahir nak urus kewangan.




43) Kerja di Benchmark dua bulan dan berhenti

Bulan 5 tahun 2015, aku dapat kerja kat Benchmark dengan gaji rm2900.Jauh juga dari rumah aku sebab 45 minit perjalanan.Hari2 aku pulun OT sebab depa bayar OT tinggi.Tapi yang hampehnya,PCB juga kena potong tinggi.Bayangkan aku dapat gaji kasar rm6k tapi PCB potong rm1k.

Aku p pejabat LHDN tanya potongan besar ni.Pastu LHDN suruh rujuk pada HR kilang.Tanya HR kilang,dia kata sistem memang potong PCB banyak tu.Aku malas nak bertengkar dan bagi surat berhenti.Dua bulan lebih je aku kerja kat situ.Lagipun sakit aku masih belum berkurangan menyebabkan aku cepat mengantuk di siang hari dan letih.Adakalanya aku microsleep semasa menunggang motor balik kerja.Bahaya.woooo.... 




44) Berniaga diuptown yg baru buka


Lepas aku berhenti kerja,aku berniaga di uptown yang baru di buka dekat rumah aku.Memang sendu wehh.Sale sebulan boleh rm500 ja.Jenuh aku survival keluarga aku.Hari minggu aku masuk pasar pagi kat area UITM Permatang Pauh.Pun sendu juga...

Aku kena ikhtiar cari kerja lain memandangkan tanggungan aku makin besar dan simpanan makin susut.Lebih kurang 3 bulan berniaga situ,Uptown katup sebab tak dapat sambutan dari orang ramai.



45) Dapat seorang putera

Hujung bulan 11 tahun 2015,Allah amanahkan lagi seorang putera kepada aku.Setiap anak aku lahir negeri yang berbeza.Anak sulong lahir kat kedah.Lagi 2 orang lahir kat selangor.Yang ke empat ni lahir di penang.Aku namakan Muhammad Zarif Adley.

Aku pun stop production sebab cukup sepasang laki dan sepasang perempuan.Dan aku harapkan anak2 aku tak buas macam aku waktu aku zaman budak remaja.



46) Kerja di calvary sebagai supervisor

Lepas uptown tu katup,aku masuk  kerja kat Calvary Automation pada bulan 12 tahun 2015.Asal tu aku nak minta Machinist tapi manager tu ambik aku sebagai supervisor.Tugas aku jaga pekerja di waktu malam.Maksudnya aku kerja shift malam sahaja.Aku kerja situ dengan gaji rm2500 sebab aku memang terdesak nak kan kerja.

Kilang ni sempoi sebab kilang Amerika.Kerja kat situ kira best dan bebas.Overtime pun di bayar tinggi.Lagipun jarak kilang ni ke rumah aku cuma 12 minit ja.Itu yang buat aku happy dan bersyukur sangat2 walaupun gaji aku rendah di antara semua pekerja.Aku ambil ubat skizo dekat hospital kerajaan secara bulanan.Aku tak miss makan ubat sebab takut penyakit tu serang kembali.

“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13).

Mudahan aku dan keluarga aku termasuk dalam golongan yang sedikit tu..Aminnnnnnnn




47) Buat loan asb 2 sebanyak rm199K

Masa kerja kat kilang calvary,aku cuba buat pinjaman asb 2 sebanyak rm200k atas nama bini aku.Bank cuma lulus setakat rm199k sahaja.Alhamdulillah.Sebab aku buat ialah duit gaji ada lebihan yg banyak.Daripada aku habiskan duit gaji,lebih baik aku menabung dalam loan asb.Boleh juga duit di awal tahun.Masa ni nama aku blacklist dan aku tak boleh buat sebarang pinjaman.

Sedihkan..gaji dah banyak tapi nak buat loan bank pun tak boleh....huhuhuhu




48) Calvary tutup dan kerja di Kean Lai sebulan.

Bulan 6 tahun 2017,kilang Calvary tutup dan pindah ke Amerika semula.Aku dah blur sebab sebulan kena bayar rm2k loan asb tu.Jenuh aku fikir macam mana nk survival.Lebih kurang sebulan aku tak kerja,aku dapat kerja kat Kean Lai di taman sains Bukit Minyak dengan gaji bulanan rm2200.

Aku kerja situ sebab nak tampung keperluan hidup.Aku nak minta tinggi pun tak berani sebab bukannya mudah untuk dapatkan kepercayaan orang.Nanti tokey bayar tinggi sebab percayakan kita boleh buat kerja,bila dah masuk kerja,kita kata itu tak tau,ini tak tau.Bukan ke itu dah khianat kepercayaan orang?

Kilang tu kilang tempatan yang sederhana kecil,jadi depa perah tenaga memang padu.Aku kerja sebulan lebih sebab persekitaran kerja penuh dengan tekanan.Jadi aku cadang nak buka kedai pakaian.Masa aku nak berhenti tu,supervisor dok pujuk aku supaya kerja situ bantu dia dengan gaji aku dinaik kan tapi aku nekad nak berhenti juga. 



49) Buka kedai di Tesco Alma.


Memandangkan barang niaga masih ada,aku buka kedai di Tesco Alma dengan menyewa lot kecil seluas 8kakix10kaki.Sambutan kurang memberansang kat situ.Sebulan sale boleh rm1500-1700 ja.Bayar sewa kedai rm1000,baki rm500 tu la habuan belanja dapur.Loan asb sebulan rm2k pun nak kena bayar.Jenuh weii.

Duit jualan sebanyak rm500-700 tu la belanja dapur rumah aku.Bini aku ada bantu juga tapi jahit sorang2 ni nak boleh banyak mana.Aku kena usaha cari kerja lain sebab tak boleh harap sangat dengan bisness aku ni.

Lebih kurang 2 bulan aku niaga,aku dapat kerja kilang tapi kedai ni tetap buka sebab aku nak clearkan barang niaga yang bertimbun kat bilik rumah flat aku duduk tu.Aku upah budak perempuan buat part time waktu siang manakala waktu malam dan hujung minggu aku pula yang jaga.

Hampir 10 bulan kedai ni beroperasi.




50) Kerja di perai.


Alhamdulillah,aku dapat kerja di perai pada akhir tahun 2017.Kilang German.Kilang tu baru nak setup department CNC dan aku org pertama masuk situ.Gaji yang aku minta ialah rm2650.Walaupun dapat gaji yang tak setimpal dengan pengalaman aku tapi aku tak kisah sebab gaji sedikit aku bersyukur,gaji banyak pun aku tetap bersyukur.Lagipun aku memang cari kilang MNC sebab persekitaran dia fun,bebas dan santai.Sesuai dengan usia aku yang tak mau tekanan kerja.Lepas 6 bulan,aku di sahkan jawatan dan gaji aku di naik.

Dengan pengalaman kerja 20 tahun dalam CNC,memang kacang je nak setup department.Dari sebiji mesin,kilang tambah lagi sebiji mesin.Selama 4 tahun aku buat kerja sorang2 sebab aku sorang je ada kat department tu.Lagipun seumur hidup aku tak pernah asuh diri aku dengan slogan "gaji aku banyak ni,aku buat kerja banyak ni juga"

Kat situ,aku buat program CNC,aku jalan 2 biji mesin CNC,aku buat maintenence mesin CNC,aku buat housekeeping,..semuanya aku buat alone berdikari..Kiranya one man show...jadi semua orang tahu aku memang pakar habis dalam CNC.

“Dan tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”

(Surah Ibrahim ayat : 7)




51) Dapat sijil Mastercam

Kilang ni hantar aku pergi training Mastercam selama 3 hari di perai.Sebelum ni aku dah tau pasal Mastercam cuma takde sijil ja.Dengan peluang ni,bertambah koleksi sijil dalam simpanan aku.Boleh demand gaji tinggi kat luar kan..hihihihi 




52) Beli rumah flat berharga rm88k atas nama bini.

Setiap kali aku pindah kilang,aku akan manfaatkan hasil pekerjaan di kilang tu untuk beli sesuatu.Aku nak buat loan bank,nama aku black list.Memandangkan rumah flet tu kecil dengan 1 bilik dah di buat bilik jahit,lagi 2 bilik untuk tidur dan anak2 pula makin membesar.Aku beriltizam untuk beli rumah lagi sesuai dengan pendapatan aku yg sederhana ini.

Pada tahun 2018,owner sebelah rumah nak jual dan aku cuba nasib apply loan guna SSM bini.Alhamdulillah lulus.Malah bank tersebut bagi kredit kad berjumlah rm20k pada bini aku.Boleh la aku gunakan kredit kad tu untuk dana kecemasan kan...

Rumah bini aku ni,aku jadikan 1 bilik untuk tempat jahit baju manakala 2 bilik di sewakan pada gadis muslimah.Boleh juga tampung bulanan loan kat bank dan bayar bill utiliti.Dan gaji aku tak terusik.




53) Dapat duit pkp bayar hutang blacklist

Masa Covid melanda pada tahun 2020,duit bantuan dari kerajaan mencurah2 dengan pengeluaran KWSP.Jadi aku simpan duit tu untuk lunaskan hutang2 aku secara sekaligus supaya nama aku clear dan mudahkan aku nak buat loan bank.Sengaja aku tak bayar selama 8 tahun sebab aku nak kumpul duit dan nego dengan bank agar dapat membayar pokok(principal) sahaja.

Rm20k aku gunakan untuk bayar hutang2 bank..Alhamdulillah nama dah bersih dan beberapa bulan kemudiannya terus aku apply loan rumah dua tingkat walaupun duit simpanan dah habis bayar loan blacklist ni.



54) Beli rumah teres 2 tingkat berharga rm350k


Pada tahun 2021,masa aku nak apply loan rumah ni,simpanan berbaki rm3000 ja tapi aku gagah juga buat.Bab deposit tu aku tawakal pada tuhan.Awal tahun 2022 aku dapat dividen ASB sebanyak rm20k,EPF akaun 2 rm10k,pengeluaran khas KWSP rm10k dan pinjaman kredit kad bini aku rm10k(pinjam rm10k,bayar balik rm10,200)

Lepas dapat dividen ASB,aku tutup semua akaun pinjaman ASB.Aku pindah rumah ni pada bulan 11 tahun 2022.Aku sendiri tak percaya yang aku mampu miliki rumah ni sebab mengikut perkiraan gaji dan kemampuan aku,agak mustahil.Rumah flet yang aku duduk tu aku buat sewa bilik termasuk rumah flat bini aku.

Sebulan kutipan sewa bilik untuk 2 unit ni dah boleh bayar loan loan rumah flet berjumlah rm400 dan rumah teres dua tingkat berjumlah rm1500.Maknanya gaji aku tak terusik.

Disini aku catitkan kronologi beli rumah teres :-

1) 30/10/2021 Jumpa owner.Owner bagi geran rumah sahaja.

2) 01/11/2021 submit loan kat RHB dan HSBC.Cawangan HSBC reject sebab nama tak cantik

3) 02/11/2021 submit loan kat UOB dan CIMB. Cawangan UOB reject sebab nama terlalu bersih.

4) 11/11/2021 submit cukai pintu dan tanah pada RHB dan CIMB.

5) 18/11/2021 RHB call kata HQ lulus setakat 70% sahaja.CIMB 

call bagitau HQ reject.Dua dua bank bagi alasan umur 42 tiada komitmen bank dan akaun yang masuk gaji tak berapa cantik sebab tak ada baki yang banyak. 

6) 19/11/2021 Submit loan Ambank dan Hong Leong Bank.

7) 22/11/2021 Submit loan Public Bank,MBSB dan BSN.

8) 24/11/2021 BSN call HR untuk pengesahan dokumen.

9) 26/11/2021 BSN wasap kata HQ reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui

10) 29/11/2021 submit loan kat UOB dan HSBC

11) 29/11/2021 Amoi dari Pakar Mortgage Loan call.Dia bagitau umur atas 38 dan ccris 0 adalah sukar untuk mendapatkan loan.Dia nasihatkan ambil kredit kad.

12) 29/11/2021 submit loan asb rm10ribu.Tujuan nak bagi ada ccris.

13) 30/11/2021 Cawangan UOB reject sebab umor 42,basic income rendah,tiada rekod ccris,keupayaan pembayaran balik diragui

14) 06/12/2021 Kol Public Bank tanya status.Cawangan Public reject alasan basic income rendah dan keupayaan pembayaran balik diragui.

15) 07/12/2021 Hong Leong Bank call bagitau HQ reject loan sebab yang sama dengan bank yng lain.

16) 08/12/2021 HSBC wasap kata cawangan reject loan.Sebab Score decline (gaji payslip tolak comitment) tak sampai approval percentage.- walaupun record lama dah clear tapi internal record masih ada.

17) 17/12/2021 Ambank wasap kata loan reject.Sebab yang sama juga.

18) 17/12/2021 Mohon Kredit kad dari CIMB,PB,MBB dan BSN.Batal permohonan loan ASB.Sebab mohon kerana pegawai bank,AKPK,Bank Negara yg cadangkan.

19) 17/12/2021 Pegawai MBSB baru buat kerja.Minta dokumen tambahan dan dan gambar rumah untuk buka file permohonan.

20) 23/12/2021 Maybank masuk permohonan CC dalam ccris serentak dengan MBSB.Malam tu juga aku call Maybank untuk batalkan permohonan dan suruh depa keluarkan permohonan dalam ccris.Tujuan takut terganggu dengan permohonan rumah.Aku suruh bini aku buat solat hajat agar di permudahkan urusan.Keesokannya maybank padam permohonan dalam ccris

21) 27/12/2021 Dapat msg dari CIMB kata kredit kad lulus rm3000.Mitos mengatakan umur lanjut dan ccris bersih amat susah dapat kredit kad adalah palsu.Yang penting kita mohon jer sebab permohonan CC hanya hantar  dokumen yg minima.Aku

call PB dan BSN untuk batal permohonan kredit .

22) 04/01/2022 dapat wasap dari MBSB kata loan rumah lulus 85% Alhamdulillah.

Kesimpulan dari catatan aku,RHB dan MBSB adalah anak syarikat KWSP,jadi permohonan untuk lulus tu cerah.

23) 5/01/2022 Tuan rumah minta deposit rm3000 tanda lock rumah tersebut.Tuan rumah bagi diskaun rm5000.

24) 6/01/2022 Sain offer letter MBSB.Pinjaman di menterai.

25) 19/01/2022 Kerani Lawyer wasap bincang pasal rumah dan yuran guaman.Lawyer cas yuran sebanyak rm18,600 tapi dapat diskaun menjadi harga rm16,000.Itu pun jenuh buat emoji muka kesian.Dah jimat rm2,600

26) 25/01/2022 Bank in duit pada lawyer untuk buka file.Aku bagi rm1100 ja.Baki rm14,900 lawyer fee.

27) 28/01/2022 Sain SnP/SPA dan serah deposit 10% berjumlah rm31,500 pada lawyer.Sebab serah deposit 10% adalah owner rumah kalut nak duit sangat.

28) 25/2/2022 Bank in duit rm1000 pada lawyer untuk yuran guaman.Baki rm13,900 lawyer fee.Minta pada lawyer salinan dokumen SPA dan Geran untuk keluarkan duit EPF.

29) 15/3/2022 Submit borang EPF untuk keluarkan duit EPF akaun 2.

30) 17/3/2022 Dua hari kemudian,permohanan EPF diluluskan.

31) 18/3/200  Duit EPF masuk bank.Masa yang diambil hanya 4 hari bekerja.

33) 1/4/2022 Bayar baki lawyer fee berjumlah rm13,900.Selesai sudah duit lawyer fee berjumlah rm16,000.

34) 18/4/2022 Bayar baki deposit rumah berjumlah rm13,000.Selesai sudah duit deposit yg keseluruhannya berjumlah rm47,500

35) 26/4/2022 Penilai rumah call untuk dapatkan number hp owner untuk mulakan kerja.

36) 19/5/2022 buat medical check up untuk insuran MRTA

37) 13/6/2022 MRTA reject insuran sebab masalah kesihatan.

38)  5/7/2022 Sain semula surat offer latter MBSB di mana pinjaman MRTA dimansuhkan.Pinjaman hanya loan rumah 85% dan penilai rumah (valuation)rm1200 sahaja.

39) 1/11/2022 Dah mula bayar kat bank duit pinjaman perumahan.Ikutkan dah dapat kunci tapi tuan rumah baru dapat duit rumah dan dia nak sewa kat aku sebulan habuan nak pindah barang.

40) 24/11/2022 Finaly dapat kunci.Dah boleh tukar nama pada TNB,PBA dan IWK dengan guna SnP untuk proses buka akaun baru.




55) Kemalangan di jalan raya


Pada 27/9/2022 aku terlibat dalam kemalangan jalanraya.Aku pi langgar belakang kereta masa waktu rehat kerja.Muka tersembam kat tar,patah rahang atas dan bawah,patah hidung dan hilang 3 gigi.Sebulan setengah aku MC tapi aku tetap work from home masa MC sebab takde orang yang boleh buat program CNC.

Lagipun aku terima tugas sebab aku jenis cepat bosan kalau tak buat apa.Larat nak melangut sepanjang hari kan.Sekurangnya ada aktiviti di siang hari dan gaji pun jalan termasuk overtime sabtu ahad.

Dalam masa setahun kejadian kemalangan,aku boleh duit pampasan socso dan insuran berjumlah rm28,000 secara berperingkat.Duit tu aku gunakan untuk bina bilik jahit di rumah teres dan selebihnya untuk beli peralatan bilik sewa.



56) Beli apartment ground floor berharga rm145k

Tahun 2022 bulan 9,belum dapat kunci rumah teres tu,aku gatai tangan apply loan rumah apartment ground floor guna SSM bini aku.Aku saja nak try.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.Alhamdulillah..lulus.

Lepas dapat kunci dari owner lama,aku renovate dan buat sewa bilik lelaki dengan 5 bilik dalam rumah tu.Kutipan sewa bilik untuk rumah ni sahaja dah boleh bayar loan rumah dan juga loan kereta.Maknanya gaji aku tak terusik.

Disini aku catitkan perjalanan beli rumah untuk rujukan masa hadapan.

1 ) 31/08/2022 (RABU)Tengok rumah.Rumah elok dan puas hati

2) 03/09/2022 (SABTU)Serah dokumen pada agen melalui wasap.Minta agen submit 12/9 sebab nak bagi ccris cantik.

3) 12/09/2022 (ISNIN)Agen submit dokumen pada HLBB.HLBB terima dah proses.

4) 15/09/2022 (KHAMIS)Banker wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.

5) 20/09/2022 (SELASA)Sain offer latter dari bank.

6) 21/09/2022 (RABU)Bayar duit booking (komisen) kepada agen sebanyak 3.18% (rm4611) dari 10% deposit.

7 ) 22/09/2022 (KHAMIS) Lawyer bagi quotation yuran SPA dan loan.Diskus minta diskaun dapat kurang rm100.

8) 04/10/2022 (SELASA) Sain SPA (SnP).Bayar pada lawyer baki deposit 6.82% sebanyak rm9889 dan sedikit duit yuran guaman rm1500.

9) 20/10/2022 (KHAMIS) Valuation call untuk bagi sebutharga sebelum memulakan kerja.Bayar harga servis rm750.

10) 28/10/2022 (JUMAAT) Dapat dokumen dari valuation yg mengesahkan kerja depa dah selesai.

11) 07/11/2022 (ISNIN) Lawyer wasap kata bank dah sign loan documents.Dia minta duit yuran guaman.Bagi kat dia rm1500.

12) 06/01/2023 (JUMAAT)Bank in duit MRTA sebanyak rm1488 pada Hong Leong.Sudah sebulan setengah Hong Leong hantar surat suruh aku bayar duit MRTA tapi baru hari ni aku ada sedikit duit untuk jelaskan.

13) 14/02/2023 (SELASA)Awal bulan tu lawyer wasap minta duit yuran...jadi hari ini aku bank in duit lawyer fee sebanyak rm2000 .

14) 13/03/2023 (ISNIN) Memandangkan aku ada duit lebihan,aku bank in duit lawyer fee yang berjumlah rm1480.Ini bermakna lawyer fee telah aku langsaikan sepenuhnya. Sekarang ni tunggu kunci rumah sahaja.

15) 15/03/2023 (RABU) Dapat email dari bank yang menyatakan duit pinjaman telah dikeluarkan dan aku kena bayar pinjaman bermula 4/4/2023 yang berjumlah rm650 sebulan.

16) 06/04/2023 (KHAMIS) Pergi ambil kunci.Bermakna urusan dah selesai.Alhamdulillah.

Urusan dari serah dokumen submit loan hingga dapat kunci mengambil masa 7 bulan sahaja.




57) Beli rumah flat tingkat 2 berharga rm105k


Tahun 2023 bulan 4,belum dapat kunci rumah apartment tu,aku gatai tangan apply loan rumah flat tingkat 2.Kali ni aku guna nama aku untuk mohon.Masa aku mohon tu,overtime tengah banyak dan payslip aku memang cantik.Tu yang aku usaha buat.

Alhamdulillah lulus.Aku buat pinjaman rm18k melalui kredit kad bini aku untuk bayar deposit,lawyer fee dan valuation.Sebulan bayar cc rm580 selama 3 tahun dan loan rumah pula sebulan rm560.Lepas dapat kunci,rumah tu aku jadikan sewa bilik perempuan.Sebulan boleh kutip rm1200 dan duit sewa tu yg dok bayar loan kredit kad dan loan rumah.Maknanya gaji aku tak terusik.

Dan aku juga catit perjalanan beli rumah untuk rujukan masa hadapan.

01) 09/03/2023(SABTU) Pergi tengok rumah flet tingkat 2 di machang bubok lorong 20.Rumah puas hati sebab complete dia buat.Maknanya cuci kaki ja bila dapat kunci.

02) 06/04/2023(KHAMIS) Agent submit loan kat BSN sebab BSN boleh bagi loan yg tinggi.Sebelum ni cuba buat dekat HLBB tapi dapat loan setakat rm85k shj.

03) 17/04/2023(ISNIN) Agent wasap kata loan lulus.Alhamdulillah.Buat loan rumah rm96k dan MRTA rm4406.Jumlah pinjaman ialah rm100,406.Pinjaman dibuat selama 25 tahun,bulanan rm542 dengan rate 4.2%.

04) 19/04/2023(RABU) Pergi sain Offer Latter bank menandakan pinjaman di menterai.

05) 20/04/2023(KHAMIS) bank in duit deposit (komisen) pada 

agent rumah sebanyak 3.18% dari 10% deposit yang berjumlah rm3339

06) 11/05/2023(KHAMIS) Lawyer bagi sebut harga upah buat SnP yang berjumlah rm6395.60 tapi setelah di pujuk rayu dapat diskaun.Hanya perlu bayar rm6200.

07) 12/05/2023(JUMAAT) bank in yuran guaman kepada pihak lawyer sebanyak rm6200 dan juga deposit terakhir rumah sebanyak rm5661.Yuran guaman telah aku jelaskan sepenuhnya.

08) 13/05/2023(SABTU) Pergi sain SnP.

09) 17/06/2023(SABTU) Pergi sain dokumen bank yg di bawa oleh pihak lawyer.

10) 04/07/2023(SELASA) Dapat sebut harga dari valuation.Valuation melayu,jadi depa sembelih kaw2.Sebutharga servis rm900.Selepas bertengkar,dapat diskaun rm200.Jumlah yg perlu di bayar hnya rm700.

11) 29/08/2023(SELASA) Owner murah hati sebab bagi kunci awal.

12) 05/09/2023(SELASA) Tukar nama PBA,bayar rm61.50.Tukar nama TNB,bayar rm183.

Masa di ambil dari tengok rumah hingga dapat kunci hanya 6 bulan sahaja.



58) Sempurnakan janji tambah side income.


Alhamdulillah,tahun 2024 di usia 45 tahun ni,banyak janji yang aku sempurnakan.Janji aku nak bagi kereta sukan kat anak aku masa dia masuk kolej..aku tunaikan dengan bagi Proton Satria aku kat dia.Satria kan 2 pintu dan kereta sukan..ehehehehehe

Janji nak buka kilang tu,sikit lagi nak tertunai.Jadi aku bina bilik jahit kat rumah teres.Buat baju tu kan satu produk pembuatan.Jadi bini aku yg mahir 20 tahun dalam menjahit  uruskan bilik jahit.Sebulan boleh la 15-20 pasang baju kurung wanita dihasilkan.Lagipun jahit sorang2 ni nak boleh banyak mana...duit hasil jahitan dia,aku masukkan dalam asb dan epf.

Janji aku nak adakan side income pun terlaksana dengan rumah2 yang aku beli tu aku jadikan sewa bilik.Jadi tiap2 bulan masuk duit sewa malah kutipan duit sewa tu lebih dari gaji aku.Kiranya aku p kerja sebab nak isi masa lapang ja.Kalau dok rumah pun jenuh melangut,lebih baik aku pergi kerja sebab ada ekon dan boleh duit..hehehehe

Di sebabkan aku ni jenis suka BERUSAHA tunai janji,BERUSAHA jaga amanah dan BERUSAHA menjadi orang yang dipercayai..Alhamdulillah,tabiat BERUSAHA dan IKHLAS melekat dalam diri aku dan aku di beri kefahaman agama oleh Allah..Lagipun kefahaman agama bukannya datang sekaligus dalam satu malam tapi datang secara beransur ansur...kata nabi "orang mukmin cermin kepada orang mukmin yang lain"..jadi pemikiran,tabiat orang mukmin ni sama...apa yg nabi kata dan quran habaq,org mukmin faham manakala orang yang tak ada tabiat jujur dan amanah ini tak akan faham malah tafsir hadis dan quran ikut citarasa depa.

Begitu juga dengan orang yang tak ada tabiat jujur,amanah..pemikiran depa sama dan saling sokong antara satu sama lain.Aku pernah nasihat depa supaya jujur dan amanah tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Benar kata nabi islam tu bermula asing dan berakhir dengan asing..sebab tu bila aku tegur bab jujur amanah dan di beri kefahaman agama,depa pandang aku macam orang asing.

Aku berharap sangat supaya pihak universiti tempatan atau luar negara buat kajian ilmiah perbezaan tabiat,pemikiran dan mentaliti orang yang miliki sifat jujur,amanah dan dipercayai dengan yang sebaliknya.

Begitu juga kajian terhadap orang yang ada tabiat jujur,amanah dan dipercayai yang makan babi,makan makanan tidak disembelih ikut hukum Allah,adakah depa ini juga di beri petunjuk dan kefahaman agama?

Dan adakah tingkah laku orang yang tak ada tabiat jujur,amanah dan dipercayai ini mirip kepada binatang?Kalau la ada kajian ilmiah kan best sebab aku tengok binatang ni tak perlu  berusaha untuk menjadi jujur,beramanah dan dipercayai....tak gitu?


Sunday 5 August 2012

Jutawan Speedmart99 Adalah Lelaki Cacat, Belajar Setakat Darjah Enam

Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.

Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu.

Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.
Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.

Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.

” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.


Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.


Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.

Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.



” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.


Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan?

Saturday 24 March 2012

Skim Cepat Kaya..Sejauh mana keberanian anda melabur

Baru baru ni aku terjebak dengan skim cepat kaya.Asalnya aku masuk suka2 jer.Kawan sekerja yg pujuk aku.Dia kata bekas guru dia yg anjurkan skim ini.Pulangan tiap2 minggu.Skim ini tak ada company atau surat hitam putih.Masuk memang atas risiko sendiri..Huh!!Berat ni..Bila aku pikir balik..Kalau skim sebegini yang ada company atau surat aggerement atau laman web,dah tentu kena serbu dek BNM pasal ambil deposit secara haram.Bila dah kena serbu,duit pelaburan belum tentu dapat balik kat aku.Sama jer ada surat hitam putih atau tiada...

Kesilapan pelabur bila yakin dengan skim cepat kaya yang ada surat hitam putih dan company..rujuk sini

Kalau ada company pun,if tokey skim lari...mana aku nak cari dia??pasal aku cuma tau company dia jer..rumah tokey aku tak tahu....So aku pun buat siasatan,siapa pengajur,kat mana dia duduk,siapa kawan karib dia,siapa bini dia,anak dia berapa ramai,berapa lama skim ni berjalan,bla bla bla...

Kesilapan pelabur bila yakin dengan skim cepat kaya yang ada company..rujuk sini pula

So setelah aku berpuas hati dengan hasil siasatan ,aku pun masuk 1 unit RM350.0 buat testing,seminggu boleh RM50.00 selama 15 minggu.Ok la...awal bulan december 2011,aku pun drop rm350.0 kat kawan aku.Memang minggu2 dapat rm50.00.Ni yang buat aku teruja...hehehehe...lagipun seminggu rm50.00 tu aku buat belanja makan kat tempat kerja...dah save dah.

Pastu awal bulan january,aku dapat sedikit dividen ASB.Aku pun bubuh rm3500.Sebab aku masuk banyak pasal skim ini baru berjalan sebulan..so skim ni di peringkat menyusu... Aku labur pasal cadangan aku ialah nak try pusing pelaburan ini untuk saving rm40k tunai dalam setahun.Seminggu dapat rm500.0..huhuhu..bestnya.

Pastu aku bagitau kat adik aku pasal skim ni.Dia pun apa lagi..Penghujung bulan february,dia pegi hentak 18 unit persamaan RM6300.Dia kata duit tu modal nak kawin...huhuhuhu..Seminggu RM900.00 pulangan dia beb.

Pastu aku rasa tak puas hati dengan cikgu ni.Aku siasat lagi secara menyeluruh..Sehari selepas adik aku hentak RM6300,baru aku dapat info yg sebenar pasal skim cikgu ni....Oooooo..takper..huhuhuhu...waaaaaaa

Aku ingat nak tarik diri selepas pelaburan RM3500 ini tapi memandangkan duit adik aku ada dalam skim tu..Terpaksa aku teruskan permainan ini lagi sebab sekarang ni skim ni baru sampai tahap meniarap...

Awal bulan March,duit pelaburan rm3500 tu dah balik modal dan untung sedikit.Dah boleh duit yg di labur tu,bini aku nak mesin jahit tepi.Boleh juga side income.Tapi kalau aku guna duit tu beli mesin jahit,macam rugi jer...So aku pun p beli gelang emas berharga rm3740.00

Dapat jer gelang emas tu,aku pergi Agro bank untuk dipajak.Aku pajak cuma RM2000 jer pasal aku nak beli mesin jahit tepi pun harga macm tu juga.

Lepas dapat duit rm2000,aku pu p la beli mesin jahit tepi industri berharga rm2040 termasuk dengan piring.Macam mana aku nak bayar balik duit pajak ni??Hahahaha...Aku ada lagi 5 minggu duit RM500 hasil pelaburan RM3500..so aku akan bayar duit pajak tu hasil keuntungan skim cepat kaya tu la...huhuhuhu...kalau tokey lari,berayaq mata la aku....

Pertengahan bulan March,Bank UOB offer aku kredit kad bernilai rm6000...huhuhuhu..dah la dulu aku berjauhan dengan family aku pasal kerdit kad ni...Bila bank offer kredit kad ni,tanduk dah mula naik...Aku bercadang nak labur duit tu dalam skim cepat kaya ni...Tujuan aku masuk skim ini balik pasal aku nak selamatkan duit adik aku tu...Tu yang aku kena berkorban..Berkorban dan terkoban...

Bagaimana aku nak labur dalam skim cepat kaya dengan menggunakan kredit kad??

Aku pajak rantai leher  bini aku kat agro bank pasal aku perlukan RM3500 untuk beli rantai emas beharga rm9500.Pastu aku p kedai emas dan aku beli rantai emas seberat 49.72 gram berharga rm9446.Aku guna kredit kad sebanyak rm5950 dan tambah duit pajak bernilai rm3500.

Bila aku dah dapat rantai emas yang aku idam kan tu,aku pun bergegas pergi Bank Rakyat untuk pajak balik rantai tu..huhuhuhuhu..Bank Rakyat ambik cuma rm5500 jer..Pastu aku tambah gelang bini aku untuk cukupkan RM7000..Bank Rakyat kasi aku rm7150 pinjaman pajak...Ok la..tertunai jugak planning aku ni.

Malam tu juga aku pergi serah RM7000 tu kat cikgu..huhuhuhu....nak buat macam mana..sikap tamak tu tak lari dari manusia...Ini yg terakhir aku nak main.Pasal adik aku hentak rm6300,aku kena main balik permainan skim ini.Huhuhuhu...waaaaaaaaaa...

Lepas tu..sob..sob..sob..aku pun call UOB center untuk memaklumkan bahawa aku nak buat plan instalment selama 18 bulan..so aku tak kena interest  kredit kad ni...Kena beringat,kalau terjadi sebarang kemungkinan..sekurang kurangnya takde membebankan kepala hotak yang semakin binggung.

Bermula lah penyiksaan dan penantian selama 15 minggu....harap2 skim ni masih di tahap meniarap...dan harap2 jangan la cikgu ni angkat kaki menghilangkan diri.Kalau tidak..aku terpaksa menanggung hutang sebanyak RM18 600...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Minggu pertama dah dapat habuan..Alhamdulillah..

Saturday 18 February 2012

Pemuda Miskin Menjadi Terkenal


Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.

Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.

Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.

Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.

Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.

Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.

Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.

Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.

Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.

Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.

Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.

Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.

Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.

Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.

Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.

Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.

Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.

Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.

Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000

Siapakah pemuda tersebut?


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.



Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.

Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.

Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.

Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.

Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.

Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.

Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata

“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.