Sunday, 11 December 2011

kiSaH akU..SejaraH AkU..

1) Pengenalan diri
Masyarakat melayu kata kalau orang tu tak ada kelulusan sekolah,dia hanya layak kerja sebagai cleaner,pak guard,tukang kebun dan lain2..benarkan tanggapan masyarakat melayu??Aku pernah survey beberapa individu yang berpendidikan tinggi dan rendah.Rata2 mengatakan amat sukar org yang tiada kelayakan sekolah untuk mendapat gaji yang selesa.

Aku pernah tanya seorang guru wanita di Terengganu yg berumur 30,kenapa tak kawin lagi?Guru tu kata,dia hanya berkahwin dengan org kerajaan kerana orang kerajaan kerja tetap.Aku hanya tersenyum sahaja dengan jawapan dia.Kesian juga para doctor yg kerja kat hospital swasta,para lawyer yang kerja firma swasta...masyarakat melayu tak pandang orang melayu yg kerja swasta..

Masyarakat melayu amat berbangga kalau dapat kerja kerajaan.Dapat kerja kontrak pun jadi lah asalkan kerja kerajaan dan sesiapa yang kerja kerajaan maka dia sudah mendapat kerja tetap.Tapi faham kah mereka tentang apa yang di katakan pekerjaan tetap?

Yang di maksudkan kerja tetap ialah bila seseorang tu hanya bekerja dalam bidang nya sahaja.
Seperti contoh pemandu lori,dia hanya kerja sebagai pemandu lori sahaja kerana itu adalah kerjaya dia.Lagipun dia tau selok belok jalan2 di Malaysia.Kalau dia tak puas hati dengan company yang dia kerja tu,dia boleh blah dan cari tempat lain yang menawarkan kerja pandu lori.Dan dia boleh demand gaji tinggi berdasarkan pengalaman dia.

Itu adalah sebahagian pekerjaan tetap..Kalau aku nak tulis kat sini,banyak yang boleh aku bagi contoh..asalkan jangan cari kerja pam minyak or cashier atau kerja yang tak melibatkan kemahiran..payah jugak kalau nak demand gaji kalau mintak kerja yang tak melibatkan kemahiran nih..

**Kalau seorang mamat tu kerja konstabel polis,kalau dia di berhentikan kerja polis atas tindakan displin..agak2 lepas ni dia nak kerja apa yerr???



 2) Sekolah rendah mak mandin
Ini adalah sekolah pertama aku.Sekolah Rendah Kebangsaan Mak Mandin.Kat sini aku kenal A B C,1 2 3….masa hari pertama aku mai sini,aku hanya di temani oleh kakak aku pasal kak aku pun sekolah situ je…

Ok la juga sekolah sini walaupun masa darjah satu,aku di tempat kan dalam kumpulan B…huhu..walaupun duduk dalam kumpulan B,ujian akhir tahun aku dapat hadiah pertama dalam Bahasa Melayu..Apa yang aku terkilan masa kat sekolah sini,cikgu banyak buat pilih kasih..cikgu2 hanya tumpu pada budak2 pandai jer..budak2 kurang pandai,cikgu2 letakkan di tempat lain…apa motifnya pun aku tak tau..yang bebudak pandai,aku tengok layanan guru terhadap mereka memang best..terasa juga aku.Yang kurang pandai,layanan guru kurang memuaskan…

Darjah 1 sampai darjah 5,aku di tempatkan dalam kumpulan B..tapi tiap2 tahun aku naik pentas ambik hadiah kecemerlangan ..pelik gak ..macam mana cara cikgu menguruskan anak murid??...Cikgu sekolah tak suka kat aku kot??…entah la..

Masa darjah enam,aku di tempatkan dalam kelas A..tapi aku bukan sasaran cikgu antuk capai 4A dalam UPSR..Masa tu aku pun dah malas nak belajar pasal cara cikgu urus anak murid.Bagi pandangan aku,anak murid yg lincah,smart dan lawa,cikgu akan beri lebih perhatian..yang pendiam,kurang lincah,muka tak lawa…di beri kurang perhatian..

Masa UPSR di umum,aku dapat 3A 1B..yang B tu subjek karangan walhal aku selalu dapat score terbest dalam latihan karangan.Angin la jugak..smpai cikgu Syarifah,cikgu yang mengajar bahasa Malaysia pun terkejut aku boleh dapat B.Tapi keputusan aku boleh score dalam UPSR memang mengejutkan bapak aku dan cikgu2 sekolah rendah Mak Mandin.





3) Sekolah Menengah Al Irshad
Ini adalah sekolah aku yang kedua.Dan org yg paling gembira sekali bila aku masuk sekolah ni adalah bapak aku.Habis di hebahnya kepada adik beradik dia.Bagi aku biasa je.Tak de la seronok mana pun.Dalam ahli keluarga aku cuma aku dan kakak aku jer yang masuk asrama.Ingatkan seronok duduk dalam asrama.

Memang tak best la bila duduk asrama.Kena panggil abang pada senior2 walhal aku dengan abang2 aku Cuma berbahasa ‘aku hang’ je..lagipun aku dah biasa bercampur ngan geng2 dewasa dan tak ada pula panggil abang2 ni..WTF!!

Bila masuk asrama,selalu aku kena buli oleh senior2 membuatkan jiwa aku mula memberontak.Banyak rules nak kena ikut.Lagipun aku tak buat persedian rapi dari segi pemahaman dan mental mengenai suasana asrama ni.Tu yang buat aku bertahan cuma 6 bulan sahaja dalam asrama.Lepas tu kena terajang keluaq.

Aku sekolah kat sini sampai form 2 je.Masa form 1,aku di tempatkan di kelas Al Radzi.Sempoi jugak sekolah sini.Masa form 1 tu,aku niaga nasi lemak seringgit.Laku la jugak sampai tak larat aku nak usung dari rumah ke sekolah.Kena naik 2 bas untuk pergi sekolah beb.

Form 2,aku berpindah ke kelas Ibnu Rushd.Aku belajar dalam kelas ni cuma 2 bulan jer pasal terlibat dengan kes polis…so pihak sekolah pun menjalan kan tugas dengan menerajang keluaq murid2 bermasalah macam aku…hehehe..masa depan anak murid bermasalah bukan lah perkara utama…yang utama adalah nama sekolah harus di jaga.Kalau nama sekolah tercemar ,pihak atasan akan mengamuk.Kalau dah mengamuk,kenaikan pangkat dan gaji para cikgu boleh terjejas…eh eh.. apa yang aku merepek ni..??





4) Masuk juvana
Aku masuk pusat pemulihan akhlak pada usia 14 tahun.Seingat aku,aku masuk sini selepas hari raya puasa.2 bulan aku jadi tahanan reman disini sementara menunggu tarikh jatuh hukum.Best duduk sini.Selalu jugak aku bertumbuk dengan budak cina dan hindu.Yang paling best bila pihak JKM buat perlawanan bola sepak antara sekolah2 juvana.3 negeri aku sempat pergi iaitu Kedah(Pokok Sena),Perak(Batu Gajah) dan Kuala Lumpur(Sungai Besi)

Lain sekolah juvana,lain undang2..yang paling best sekolah juvana kat perak pasal juvana lelaki bersebelahan juvana perempuan.Tak payah la aku cerita kat sini..korang paham2 jer la..

Lagi 3 hari nak raya haji,aku di bebaskan dengan syarat aku kena report diri setiap bulan kat JKM selama 3 tahun.Seronok la jugak bila bebas..tapi tak sempat pergi johor main bola..waaaaaaaaaa

**GAMBAR HIASAN




5) Kena halau rumah
Seminggu aku di bebaskan,aku kena halau keluaq dari umah..huhuhu..kes pecah tabung adik aku..tapi tak per..member aku banyak kat luar yang boleh tolong aku…itulah faedah bila berkawan dengan org dewasa…

Aku pegi lepak ngan member,budak hisap fit..kami tinggal di pondok buruk.Asal hujan jer confirm tak boleh tido pasal bumbung bocor.Kalau nak mandi atau basuh baju,aku pegi dewan orang ramai.Dewan tu sebelah pondok yang aku nginap..

Macam2 kerja aku buat masa duduk kat situ.Jadi pelayan kedai,kerja kedai carwash,ikut org pegi tebang pokok..semua kerja terpaksa di lakukan demi sesuap nasi..tak kerja,tak makan..kalau lapaq nasi sesangat,aku balik umah mak aku..mintak nasi kot celah tingkap….sekali mintak nasi,sekali kena leter…

6-7 bulan aku duduk luaq…..

**GAMBAR HIASAN




6) Kerja kat universal plastic
Masa umuq aku cecah 15 tahun,aku dapat kerja kat Universal Plastik di Mak Mandin.Kerja sebagai pekerja Am.Bila dah sebut pekerja am tu bermaksud macam2 kerja kena buat.Gaji sehari RM8.00…huhuhu..Bangla pun gaji lagi tinggi dari aku…

Selalu jugak aku ponteng kerja,seminggu sekali confirm aku tak mai kerja..sebulan boleh la dapat rm150-200..Masa ni aku dah pun return balik umah mak aku.So bapak aku buat rules,sebulan kena huluq rm100 untuk sewa umah dan makan..kalau tak huluq,boleh duduk luaq..hohoho..

Selama aku kerja kat sini dan juga pergaulan aku dengan org dewasa,banyak nasihat yang aku dapat.Depa nasihat aku sambung balajaq..huh!!Cakap senang..kalau depa tanggung sekolah aku takpe la juga…nak harap bapak aku?silap2 kena parang panjang…Aku tanya depa,cukup ka gaji rm450 untuk bela anak bini?depa cakap itu jer kerja yang depa mampu buat..nak mintak gaji tinggi,sekolah pun tak kemana..sob..sob..sob…adakah aku akan lului apa yang telah depa lalui??

Aku buat keputusan untuk maju dalam kerjaya tanpa kelulusan sekolah.Aku buka paper Star dan cari kerja yang melibatkan kemahiran tanpa kelulusan sekolah.Survey punya survey,aku dapati bidang mekanikal yang memberi gaji lumayan tanpa kelulusan sekolah..rata2 nak pengalaman kerja.So aku bertekad untuk ceburi bidang mekanikal..

Aku sematkan azam dan target untuk capai sasaran aku ini dan juga masa depan aku.

:-  Target pertama,pada usia 20 tahun,aku pastikan aku dah miliki kerja tetap.

:-  Target kedua,menikah pada usia 25

:-  Target ketiga,nak jadi supervisor pada usia 30..pasal itu saja aku mampu base my education qualification

:- Target keempat,nak buka kilang sendiri pada usia 40..dah berbelas tahun kerja,takkan nak sia sia kan pengalaman yang aku ada..takkan nak kerja makan gaji sampai tulang reput???




7) First penyata EPF dan Kerja kat Allmsia
Genap sahaja umur aku 16 tahun,aku blah dari situ.Aku pergi kilang Allmsia Stamping.Kilang kecik je..Sebelum aku nak mai kerja sini,bini tokey Universal Plastik tak bagi aku berhenti kerja.Dia suruh aku stay kat situ dan nak bagi aku jaga mesin printing.Gaji pun dia nak adjust tapi aku tak mau.Bagi aku,kalau aku kerja kat situ..memang tak kemana.

Aku kerja kat Allmsia ni sebagai operator mesin.Gaji campur elaun boleh dapat rm430.Lagipun kilang ni dekat dengan rumah aku.Aku pergi kerja cuma jalan kaki jer..makan pun dah jimat.Kat sini aku belajar serba sikit mengenai mekanikal.Macam2 kerja aku dok buat.Jalan mesin pun aku,repair mesin pun aku,repair tooling pun aku.Pendek kata semua kerja aku boleh buat.Aku tak pernah merungut tugasan yang di berikan malah aku jadi bangga pulak..bangga pasal ada orang nak ajar aku bab2 kerja…hehehe…

Kedatangan aku memang teruk la jugak.Dalam sebulan,kalau 1-2 hari tak ponteng,memang tak sah la..tapi tokey takde pulak nak marah2 kat aku..Dia pun faham perangai budak2 kot..




8) Beli motor yamaha spot
Aku beli motor ni pada usia 16tahun dengan hasil usaha aku.Dapat jer motor ni,aku terus berhenti kerja kat Allmsia…Hati nak bebas..Takkan nak kerja dekat dekat rumah..nak juga kerja jauh2 dari rumah.

Masa aku dah beli motor ni,perangai aku menjadi jadi..selalu balik rumah lambat..kekadang tak balik langsung..p kerja pun main2…Last2 kena halau keluaq rumah.Padan muka aku..keh keh keh...

Aku pun tak tau berapa lama aku kerja Allmsia dan berapa kali aku kerja situ.Setiap kali berhenti kerja,tokey Allmsia datang rumah aku dan pujuk aku kerja ngan dia..

**GAMBAR HIASAN..BUKAN MOTOR AKU DAAA..




9) Kerja kat fuji hikari sebagai tool setter
Masa aku kena halau ngan bapak aku,aku pegi kerja kat Perai.Aku dapat kerja kilang Fuji Hikari.Company jepang..Kilang stamping jugak tapi aku masuk situ sebagai Tool Setter.Bangga la jugak pasal dapat kerja berpangkat pada usia 17 tahun.Skop kerja aku ialah pasang stamping mould atas mesin.Lepas pasang je,aku p la ngular kat mana2..

Aku ingatkan kerjaya Tool Setter ni dah bagus.Rupanya ada kerja lagi bagus iaitu buat mould.Dalam kilang tu ada bahagian repair mould dan kebanyakan nya di manopoli oleh kaum cina.Budak2 dalam tu kata,kalau pandai repair mould atau buat mould,boleh dapat gaji tinggi.Macam best jer aku dengar.

Aku mula berfikir,kalau aku terus kerja sebagai Tool Setter,kemana hala tuju aku???Maybe aku boleh jadi supervisor production tapi berapa banyak gaji yang aku dapat kalau aku jadi supervisor production stamping??Survey punya survey,gaji supervisor production stamping cuma bawah rm2k..cukup ke???

Kalau aku nak masuk department repair mould,bagai mana cara nya??adakah dengan stay selama lamanya kat situ??huh!!!Kalau stay lama kat situ pun belum tentu orang nak angkat aku masuk situ!!
3 bulan aku kerja situ,terus aku berhenti dan balik duduk rumah orang tua aku..aku cari kerja area rumah aku pulak..




10) Kerja kat press forge
Aku dapat kerja kat Press Froge sebagai operator.Kilang kecik dan juga kilang stamping.Tapi bukan sebarang stamping tapi HOT stamping.Gaji permulaan RM450.

Lepas 3 bulan naik seratus..RM550.0.Apa yang best pasal kilang ni ialah kilang bumiputera.Bangga la jugak dapat kerja ngan kilang melayu.Dekat sini ada department repair mould dan buat mould.Dan aku ambik kesempatan merajinkan diri aku belajar mesin milling,lathe,girnding dan EDM..Hampir setahun lebih juga aku kerja kat sini.Kawan hindu aku sarankan aku ambik kelas malam di ITB (Institute Technology Butterworth)..Sekurang kurang nya senang aku nak dapat kerja bila ada sijil nanti.

Aku pun daftar masuk ITB.Ambik bidang Mekanikal Fitter secara sambilan.Setahun beb kena belajar kat situ.Aku belajar cuma 2 bulan je pasal tak boleh nak go head.Masa tu mana ada masa nak belajar.Masa tu la nak enjoy,nak merempit,nak huha huha….Dan aku tinggalkan ITB..rugi duit aku wehhh..

Kalau nak tau kerja press froge macam mana,boleh tengok youtube di bawah..ngeri siot kerja ni..










11) Masuk hospital
Lagi 2 hari nak raya haji,aku di masukkan dalam wad ICU pasal jatuh terhempas dari bangunan setinggi 2 tingkat.Aku koma 5 hari.Sedar2 jer tangan aku terikat kat katil.Memang aku tak ingat apa yang dah berlaku pada diri aku.Ramai adik beradik datang ziarah aku.Member sekolah irsyad pun datang lawat aku kat ICU.Masa tu ramai kata aku tak ada harapan untuk hidup pasal paru2 aku pecah.Tapi ajal aku belum tiba lagi.

Kawan aku buat report pasal kes kemalangan motosikal.Tapi bapak aku tak puas hati pasal motor aku elok jer.Bapak aku pula buat report kes cubaan bunuh..hulawehhh..dah jadi kes berat ni..bila polis soal aku,aku kata aku tak ingat apa apa dah..Dan akhirnya polis klasifikasikan sebagai kes kemalangan motosikal.

**walhal masa tu aku nak pegi pecah kilang dengan kawan aku.Masuk melalui bumbung kilang..Tak sempat nak pecah masuk,aku pula jatuh terhempas..huhuhuhu..




12) Claim insuran 


Sebulan aku duduk kat hospital Seberang Jaya.Awek2 nurse ramai kerja kat situ..awek jer ramai tapi satu pun tak sangkut…hahahaa.Sebulan duduk situ,bapak aku bayar hampir RM1.2k untuk bil2 perubatan.Aku tak kisah sangat pasal aku dah pun beli insuran masa aku umur 17 tahun.Mula lah aku barangan pasal duit insurant u.Dalam kiraan aku,boleh jugak dapat 7-8 ribu.Lepas duit muka TZM.

Bila buat tuntutan insuran,aku cuma dapat RM1.2k ..terkesima aku…cukup2 untuk bayar bil hospital..hancur lebur impian nak pakai TZM..Geram punya pasal,aku terus tutup insuran aku tu..



13) Ambil sijil mekanikal 


Ini pula sijil mekanikal aku.Aku belajar Cuma 2 bulan..hehehe..aku bukan minat nak belajar pun tapi nak sijil tu jer.Nak buat sijil cari makan.Aku belajar kat situ 2 bulan sebelum masuk ICU.Masa final exam,aku masuk wad so depa extend exam tu untuk aku.Lepas pulih jer,aku sambung lagi 2 minggu dan depa bagi sijil ni kat aku.

Ingatkan bila dah ada sijil,senang mintak kerja.Rupa rupanya payah la juga…hampeh betul la.Masa penguhujung tahun 98,company Press Froge bangkrup.Masa tu pula gawat ekonomi dan politik.Memang payah nak mintak kerja masa tu.

Banyak kali aku pergi interview post jurumesin (machinist) milling ni.Aku mintak gaji around rm650-rm750.Tu pun orang tak mau bagi.Asal minta kerja je,depa tanya ”u pandai cnc milling tak?”…adussss.. masa tu mana aku tau bab2 CNC..rupa bentuk mesin CNC pun aku tak tau..

Hampir 3 minggu aku tak kerja…Bapak aku pula sarankan aku bakar jer sijil tu.Selagi ada sijil tu,selagi itu aku tak dapat kerja…Betul juga kata2 bapa aku tu..sijil tu buat aku memilih kerja dan demand gaji melampau lampau,sekaligus buat aku jadi peladang anggur.





14) Balik kembali ke allmsia

Tokey Allmsia tak putus harapan nak tarik aku kerja dengan dia.Aku kerja kat Allmsia pun kerana terpaksa..terpaksa cari duit .Pada hal aku dah tak minat kerja situ.Semua kung fu kerja dalam tu aku dah mahir.Lagipun kalau aku stay lama2 kat situ,memang tak kemana.

Lagipun aku dah bertekad untuk jadi jurumesin(machinist).Berbaloi kalau masuk bidang ni.Kalau aku stay lama2 kat Allmsia,aku takut pengalaman milling aku hilang macam tu jer…

Aku mesti cari peluang!!!Bagaimana cara nya???




15) Kerja kat ling machinery dan jadi mental
Satu hari tu aku belek2 iklan kat paper melayu.Ada satu jawatan kosong CNC operator mesin kat Perai.Aku ambik keputusan untuk kerja kat situ..sambil kerja,sambil belajar…Kilang tu bagi gaji pokok rm480 plus elaun rm50.Dalam kilang tu majority bangla…huhuhuhu..dah nasib badan..

Hampir setahun aku kerja kat situ.Tokey kilang tak lokek ilmu.Banyak ilmu CNC terutama nya ilmu create program CNC by manually dia ajar aku.Kat sini aku kerja dua shift.Masa aku kerja kat sini,aku dah mula rasa stress.Rasa diri aku terancam.Banyak berfikir yang bukan2..aku pun tak tau apa yang dah berlaku pada diri aku masa tu.

Awal tahun 2000,aku dah hilang kawalan.Aku rasa macam terkena buatan orang.Selalu bercakap sorang.Banyak suara2 yang dok bisik dalam otak aku.Bila aku dah jadi teruk,bapak aku kurung aku dalam bilik dan bapak aku sendiri yang ubati aku guna ayat quran.40 hari kemudian aku pulih balik.

Selepas tu kembali kerja seperti biasa.Tokey tak ada pula nak terminate aku malah banyak bagi kata2 perangsang kat aku..Aku kerja kat situ sampai Jun 2000.Setahun kerja tak naik gaji..huhuhu..Tapi ilmu CNC banyak yang aku belajar..hohohoho…




16) Kerja kat janway dan ngorat awek uitm

Di janway ini aku bergelar CNC milling machinist.Kilang Taiwan.Aku kerja sini pada Jun 2000 dengan gaji permulaan rm750.Best la jugak kerja kat sini.Pekerja pun tak ramai.Kepala tak serabut.Di sini aku belajar perisian Mastercam.Bertambah lagi ilmu CNC..hehehe

Masa aku kerja sini,aku dah mula ketagih main internet.Boleh dikatakan tiap2 hari,selepas balik kerja jer,aku mesti lepak kedai CC.Sebulan hampir rm300 aku habiskan duit main internet.Sampaikan aku cuba bina lama web sendiri.Ini laman web yang aku buat tak siap sepenuhnya.. www.zanuar.8m.com

Masa tu chatting yang paling top ialah MIRC..hari2 layan MIRC…bila layan MIRC,aku rasa stress yang ada dalam diri aku berkurangan.Dan masa ni aku dah tersangkut dengan awek UiTM Merbuk.Tersangkut melalui MIRC.

Hari2 aku call awek UiTM ni..bila call jer,mau sejam aku bersembang.Tapi aku call pakai phone kilang..hehehehe..jimat sikit..Tapi aku guna phone kilang masa kerja malam je.Kerja siang aku jadi pekerja yang baik..bila kerja malam,tanduk dah naik atas kepala…walaupun aku bergayut sejam lebih,walaupun aku keluaq makan 2 jam lebih..tapi aku pastikan kerja semua siap seperti yang dijadual kan..GM tak ada pula nak marah marah kan aku..malah dia bagi aku kerja malam 2 bulan berturut turut…

Aku kerja kat Janway Ind. sampai March 2001 dengan gaji terakhir RM900.0….



17) Kerja kat ECA dan micro mechanic
Aku kerja sini pun pasal member aku yang beriya iya nak suruh aku kerja sekali dengan dia.Aku minta rm1200.Tapi Manager boleh bagi rm1100 je..hehehe..boleh la tu..gaji banyak tu kalau nak di bandingkan dengan taraf pendidikan aku…

Masa aku kerja sini,aku dah mula rasa stess.Stress yang teramat sangat..aku pun pelik,kenapa aku mudah stress sangat.Huhuhuhu…Akibat terlampau stress,aku kerja cuma 2 bulan sahaja.Masa aku nak berhenti,aku bagi tau kat manager yang aku ni terlalu stress kerja kat sini.Dia nasihat aku,kalau aku nak tukar bidang,aku kena ambik banyak masa dan aku tak boleh nak demand gaji ribu2.Dia sarankan aku just go head bidang ni.Manager aku tak benarkan aku berhenti..tapi aku berdegil nak berhenti..

Akhirnya aku berhenti.Lepas tu aku buat conventional milling mesin kat juru selama sebulan dengan gaji RM800.0..Aku kerja situ dengan harapan boleh kurangkan stress aku...
Kemudia aku dapat kerja kat Micro Mechanic Penang.Di Micro Mechanic,gaji aku RM1200.Kerja situ memang best pasal ramai awek tapi yang tak tahan ialah stress aku yang melampau lampau..

Aku kerja hanya sebulan sahaja kat situ..huhuhuhuh…




18) Berniaga vcd 
Aku ambik keputusan untuk tidak kerja kat kilang lagi buat sementara ni.Aku kerja kat kedai makan sebagai pembancuh ayaq.Nak rehatkan minda dan hilangkan stress.Masa ni aku sewa ngan kawan2 kat Taman Pauh.2 bulan aku kerja situ.Awek2 kilang tak pandang la orang macam aku..hehehe..Member2 aku ada ajak aku kerja kilang sebagai operator tapi aku cakap dengan depa,kalau kerja kilang dah tentu kena budjet untuk duit makan.Dan kalau aku kerja kedai makan at least aku dah dapat fully gaji.Tak payah pikir lagi pasal makan…

Time bulan puasa,kedai makan tak beroperasi..adusss..mana nak cari duit ni..Aku kemudian berbaik baik dengan org jual VCD.Disitu dia bagi jalan kat aku bagaimana nak buka bisness ni.Dia cadangkan aku jumpa tokey VCD .Selepas berbincang dengan tokey VCD,tokey tu bagi peralatan jual VCD seperti meja lipat,lampu,battery dan 500 keping VCD.Aku hanya makan komisen sahaja…

Alhamdulillah..dapat juga aku buat bisness tanpa keluar modal sesen pun.

Tapak mula aku buka bisness ini kat Taman Pauh.Masyukkk beb pasal kawasan budak sekolah.Komisen sehari sahaja mencecah RM50-rm80.Hari2 aku buka kedai.Pernah kena rampas dek penguatkuasa tapi aku tak rugi apa apa pun pasal barang tu semua milik tokey..hehehehe..Bila aku berniaga situ,baru aku tau yang aku ni ada potensi buat bisness…

Aku kumpul duit untuk buka bisness sendiri.2 bulan kemudian setelah aku dapat customer tetap dan aku dah tau selok belok bisness ni,aku pulangkan balik barang2 VCD kat tokey.Aku set up sendiri.Dan masa ni stress aku dah berkurangan.Mungkin juga aku banyak berkomunikasi dan hidup bermasyarakat.Masyarakat sekeliling banyak membantu aku…

Kemudian aku mohon kerja CNC machinist kat Perai.Aku minta kerja pasal aku takut pengalaman kerja aku hilang macam tu je.Lagipun bisness VCD ni bukannya boleh bertahan lama.

**GAMBAR HIASAN




19) Kerja kat ATI
Aku kerja di ATI(Advanced Tool Industries) dengan gaji permulaan rm800.0..Aku minta banyak tu je pasal aku takut stress kalau tak boleh buat kerja.Lagipun aku masih lagi aktif berniaga VCD di waktu malam.Pada bulan pertama,aku kerja shift.Minggu pertama kerja pagi,minggu kedua kerja malam.Bisness masa tu jadi carca marba.Mana nak kerja,mana nak jual VCD.Kemudian aku pohon masuk malam je.Siang aku buat deal dengan supplier.Malam aku upah budak jual VCD aku.

Dari aku sewa dengan kawan2,aku berpindah dan sewa sorang2.Rumah sewa aku tu dah jadi markas stor VCD.Pastu dari satu tapak niaga VCD,aku buka lagi tapak niaga di Perda.Memang masssyyuk bisness VCD ni.Sebulan upah dua orang budak niaga jer RM2.4k..waktu berniaga pula bermula pukul 7.00pm hingga 11.00 pm..Kena rampas tu biasa je tapi aku takde la rugi banyak mana pun.
Kemudian kilang ATI naik kan gaji aku rm400.Tokey nak aku tinggalkan bisness VCD dan tumpu pada kerja.Mana bolehhhh..suka hati aku la kalau aku nak berniaga.Aku still running bisness VCD.Lebih kurang setahun aku berniaga dan kemudian nya terpaksa aku tutup pasal FINAS buka pejabat kat Perda..

Masa penghujung bisness aku ni,aku dah pun mula berjinak jinak dengan mesin kuda.Dari suka2 sampai aku dah jadi ketagih.Semua duit simpanan aku habis di mesin judi.Masa tu dah ketagih teruk sampaikan aku minta pada ustaz Harun (cikgu sekolah irshad) doa untuk hindarkan judi.Tapi tak jalan juga.Supplier VCD nasihatkan aku,katanya “mula2 u masuk duit dalam mesin,kemudian u masuk motor,kemudian masuk u punya rumah,kemudian u punya tangan masuk dan last sekali u punya badan pun masuk mesin judi.Masa tu u sudah jadi hantu pasal orang pun takut mau jumpa sama u.Setiap kali u jumpa kawan2,u minta duit”

Benar juga kata supplier aku nih.Akibat ketagih judi,aku kehilangan kerja,bisness dan kawan2 ….




20) Kerja kat LBSB
Selepas kehilangan kerja di ATI,aku balik duduk rumah orang tua aku.Kemudian aku dapat kerja kat LBSB.Rezeki aku.Masa tu ketagih judi belum lagi hilang.Satu2 cara nak hilangkan ketagih judi ialah aku sibuk kan diri dengan bekerja.Dan bila dapat gaji je aku bayar semua hutang2 aku hinggakan aku nak makan pun tak ada duit…hehehe..berkesan juga cara aku ni..Hampir 5 bulan jugak aku amalkan cara ni sehingga ketagih aku beransur pulih.

Masa ni umuq aku dah nak cecah 25.Masa ni tergerak hati aku nak kawin.Duit tak pernah simpan.Tapi itu bukan halangan pun..asalkan nawaitu tercapai.Aku bagitau kat orang tua aku pasal niat aku tu.Depa suruh aku urus sendiri…huhuhuhu..Aku pun panggil mak pak sedara aku untuk bantu aku.Masa pertunangan,mak pak sedara aku yang jadi orang tengah..Mak aku masa tu pergi sabah pasal kak aku bersalin.Bapak aku pula tak mau ambik port.Kesian kat aku..sob sob sob…





21) Sijil kawin
Pada usia 25,bertarikh 22 ogos 2004,aku disatu kan dengan awek Uitm.Kenduri aku buat belah pompuan jer.Kenduri belah aku pulak aku buat time raya puasa.Aku panggil adik beradik terdekat .Itu je yang aku mampu pasal aku tak dapat sokongan kewangan dari mana2 pihak.Semua perbelanjaan kawin adalah hasil kerja aku di LBSB.

Orang tua aku jumpa besan depa pada penetapan hari perkahwinan.Bertunang pada penguhujung bulan 12..letak tarikh kawin bulan 5..kawin bulan 8…masa tu kerja tak ingat dunia.Masa kumpul duit nak kawin,kereta aku kena tarik dan time tu pula kereta aku accident…tapi aku boleh selesaikan semua masalah tu..Prinsip aku,jangan mungkiri janji hatta berjanji pada diri sendiri.




22) Penyata kewangan LBSB
Ini adalah penyata kewangan aku tahun 2004.Aku kerja LBSB dengan gaji RM1530.Naik RM30.Kenaikan yang paling sadis sekali pasal masa aku kerja sini,aku kerap jugak ponteng.Masuk kerja pukul 8 pagi..balik pula tak tentu.Kekadang balik pukul 1 pagi.Kekadang tak balik langsung.Masa ni nak kumpul duit untuk kawin.

7 bulan selepas aku kawin,aku berhenti mengejut.Masa ni aku dah mula rasa stress kat tempat kerja.Aku dah tak banyak bergaul dengan kawan2.Aku pula masa tu suka bersendirian.Lagipun masa ni aku dah mula rasa sensitif….




23) Kerja kat ling machinery
Masa aku berhenti kerja,bini aku mengandung 6 bulan.Kemudian aku cuba jual kuih tepi jalan untuk tampung perbelanjaan seharian.Tapi masa tu mana nak cukup.Kereta kena bayar,sewa rumah lagi.Lepas sebulan, kewangan aku meruncing dan aku ambik keputusan untuk kembali ke alam pekerjaan.Aku dapat kerja kat UMS sebagai CNC machinist cum programmer.Gaji RM1550.0.Aku kerja cuma dua minggu sahaja memandangkan stress aku cukup teruk masa tu.

Duit nak kena cari.Pada masa yang sama stress aku ni dah sampai tahap teruk.Aku kembali ke Ling Machinery dengan harapan dapat meringan kan stress aku.Company bayar kat aku RM1200.0.Terpaksa aku kerja memandangkan perut bini semakin hari semakin membesar.

Masa aku kerja sini,aku dah mula pakai Kredit Kad.Ingatkan best pakai kredit kad ni.Rupanya hampeh.Memula aku pakai RHB RM3k.Tiga bulan pakai jer dah outstanding.Pastu aku mohon beli rumah kos rendah.Permohonan berjaya.Aku beli rumah flet berharga RM35k.And then aku apply dua kredit kad HSBC berjumlah rm10k.Permohonan di luluskan dan masa tu aku dah mula merapu belanja.

Lepas aku apply kredit kad HSBC,aku jatuh sakit.Aku mula cakap sorang2,terdengar bisikan dalam kepala otak.Mula bertindak agresif.Masa tu aku dah ada anak sorang.Memandangkan aku pun tak dapat kawal perasaan aku,aku balik rumah pak mertua aku.Bapak aku pun mula ubati aku dengan ayat quran.Hampir 3 minggu,baru aku pulih kembali.



24) Skizofrenia
Aku tertanya tanya,kenapa aku mudah stress?Adakah aku terkena buatan orang?..issyhhh..merepek jer..Selepas aku pulih ,aku ambil keputusan untuk berhenti kerja.Dan aku guna kredit kad aku untuk perbelanjaan harian.Satu hari tu aku menonton filem “ A Beautiful Mind”..Bila aku tengok filem ni,baru aku tau yang aku ni mengidap penyakit skizofrenia.

Hampir lima bulan aku study penyakit ini.Aku cari maklumat dalam internet dan library.Dan aku ambil keputusan untuk ambil ubat hospital pakar selama 3 tahun.Aku cuba hindari perkara2 yang boleh membuatkan aku stress.Aku dapat penyakit ni akibat jatuh terhempas dari bangunan….

Sekarang dah lebih 3 tahun aku makan ubat ni.Memula doctor bagi dos yang besar selama 3 tahun.Sekarang aku ambil dos yang kecil.Aku jarak kan pengambilan ubat ni pasal kalau selalu makan pun,otak jadi lembab.Bila aku jarak kan,aku dapat berfikir secara aktif.Aku berharap aku tak bergantung pada ubat ini sepanjang hidup aku.





25) Kerja kat kenstronic
Hampir 2 tahun aku bekerja di Ling Machinery tanpa kenaikan gaji,membuatkan aku tawar hati nak kerja situ.Selepas pulih dari sakit mental,aku berhenti dan sebulan aku tak kerja.Aku nak rehatkan minda.Dan masa tu aku tak mahu pikir pasal hutang kredit kad.Aku percaya satu hari nanti aku boleh langsaikan segala hutang kredit kad aku.Aku percaya rezeki tuhan ada pada setiap makhlukNya.Yang penting kena usaha….

Aku dapat kerja di Kenstronic Penang dengan gaji permulaan rm1600.Company Singapore.Aku bertekad nak ubah perangai aku yang suka ponteng kerja.Dalam kilang ni budak melayu tak berapa ramai.Boleh kira dengan jari tapi geng mata sepet ramai dalam kilang ni...Lagi hati aku senang.Tak ada pula aku nak rapat dengan kaum mata sepet ni..Aku buat kerja aku,depa buat kerja depa..kepala otak tak serabut.

Setahun aku kerja,aku dinaikkan gaji sebanyak RM120.,menjadikan gaji aku RM1720.Masa ni hutang kredit kad dah bertambah Dari RM13k ke RM23k..banyak tu..masa tu aku kerah bini aku pergi kerja untuk support aku.Memang kena kerah pun pasal duit gaji aku habis bayar hutang kredit kad.Nak kata aku hidup susah tu takde la pula..Cuma nyawa2 ikan.Memandang kan kewangan aku terhad,aku suruh bini aku makan pil perancang..kena rancang family..kalau tidak nazak aku nak cover family dengan bebanan hutang yang tak sudah2.

Kemudian masuk tahun kedua,company promote aku jadi leader.Company hantar aku pergi seminar supervisor.Dua kali aku pergi seminar.Dan gaji aku di naikkan menjadi rm2020.Naik gaji tak semestinya beban hutang berkurangan..huhuhuhu…





26) Sijil supervisor

Sijil seminar supervisor ..masa trainer tu bla la bla..mata aku terpejam..Bila time makan jer,mata jadi segar bugar….makan kat hotel beb..Ni yang aku jadi semangat nak hadiri seminar lagi.Habis je seminar tu,HR company aku bagi form untuk isi perihal seminar tu.Aku tulis form tu kalau setakat sekali je pegi,memang tak dapat ilmu..sekurang kurang nya kena 3-4 kali pergi baru berbaloi…hehehehe..

 
Sijil kedua aku.Macam biasa la.Bila trainer tu la bla bla bla,mata aku terpejam..bila time makan jer,mata segar bugar..Aku attend seminar 2 hari bermula hari khamis dn habis hari jumaat.Hari isnin aku bagi surat kat HR.Surat perletakan jawatan….Terkejut juga HR,manager dan GM..angin tak ada,ribut tak ada tetiba aku bagi surat…





27) Tawaran kerja di KL
Pada bulan 12 tahun 2008,ada company dari KL datang merisik aku.Depa berminat nak ambil aku kerja dengan depa.Aku tanya macam mana depa boleh tau no contact aku?depa bagitau melalui kenalan aku…huhuhuhu..sapa punya kerja ni.Pertemuan pertama kat Evergreen Hotel.Sesi perkenalan..

Lepas tu,director company tu pelawa aku sekeluarga datang KL.Dia nak tunjuk tapak bangunan baru.Dia booking hotel untuk aku bermalam kat KL.Rasa best la pula bila diperlakukan macam ni…Bila dah buat pertemua kali kedua,aku bagi macam2 syarat kat dia..hehehehe…syok juga buli orang kaya ni..

Aku letak syarat.Pertama aku nak gaji up 50%.Kedua aku nak bawa orang aku.Ketiga aku nak penginapan di sediakan.Aku letak syarat macam tu pasal memula tu aku tak berminat nak pegi.Tapi director tu kata no hal..semua permintaan di tunaikan..WTH!!

Aku pun contact member aku.Budak cina.Dia pergi sana sebagai boss aku.Senang sikit otak aku.Sekurang kurangnya ada orang backup aku time meeting dengan director..hehehehe..and then aku masuk kan sorang lagi budak cina.Jadi assistant aku.Tak ada pula aku nak pening2 bab kerja..so dengan planning yang aku buat ni boleh menghindarkan aku dari stress…Kerja aku cuma monitor production…..

Pada usia 30,aku berjaya merealisasikan taget aku.Aku jadi supervisor pada pertengan bulan April 2009.Asal nya aku nak masuk bulan march tapi disebabkan aku kena hadir seminar supervisor pada bulan March,aku hold dulu.Habis sahaja seminar tu,terus aku letak surat berhenti kerja dengan notis sebulan.

Aku datang KL bersendirian…..




28) Sijil solid work
Tugas aku dan member aku ialah membangunkan product socket kat company ni.Bagi aku kacang jer pasal aku dah ada pengalaman dalam bidang ni.Director pula arahkan aku bekerjasama dengan designer.Aku cakap ngan director yang aku tak tau software cad cam.Dia suruh aku attend kursus Solidwok.Seminggu dua kali selama lima minggu.Berbaloi juga aku belajar benda alah ni.Sekurang kurangnya bertambah lagi ilmu aku dalam bidang mekanikal.





29) Epf 2009
Penyata EPF aku tahun 2009..memula aku kerja kat KL dengan gaji RM2700..3 bulan kemudian dinaik kan kepada RM3000 sebulan.Setahun aku kerja tanpa claim OT.Dan setahun lebih aku tinggal kan anak bini aku kerana sebab2 tertentu.Pertamanya aku nak langsaikan hutang kredit kad aku berjumla RM23k…keduanya,aku takut aku tak serasi dengan company ni.Kalau tak serasi,aku boleh balik sorang2.Kalau bawa anak bini,mau kos yang tinggi nak pindah balik.

Perit juga nak langsai hutang ni.Nasib baik rumah,karen dan ayaq company tanggung.Masa ni bini aku kerja kat kampong.Ringan sikit beban yang aku tanggung.Aku belajar untuk kawal stress aku dengan pengambilan ubat secara teratur.





30) Slip terkini
Slip terkini.Aku telah pun dinaik kan gaji.Dan aku di benar claim OT,purata sejam rm12.98..Flat rate.Bila boleh claim OT,tiap2 bulan aku sapu buat.Rezeki bebb..

Dulu company limitkan OT aku sebanyak 40 jam sahaja.Lani memandangkan product pun tak boleh keluar,depa longgarkan rules tu …Sekarang ini production aku merupakan sumber utama pendapatan company ni…





31) Meniti hari2 yang sterusnya...
Kini usia aku mencecah 32,berbaki lagi 8 tahun untuk aku realisasikan impian aku yang seterusnya….Entah tercapai atau tidak..Wallahualam..

Dan kini aku sudah pun bebas dari hutang2 .Rumah aku kat penang ,aku sewa kan..Buat masa ni aku nak kumpul duit untuk beli rumah kedua area KL.Sasaran aku hujung tahun ni untuk memiliki rumah impian aku kat KL…

Sasaran yang wajib aku capai untuk tahun ini buat keluarga aku tapi apa yang pasti nya..

Aku ingin menjadi manusia normal yang bebas dari stress..

aku inginkan bebas dari penyakit skizofrenia ini..

aku inginkan anak aku memandu kereta sukan kaler kuning bila masuk University…

aku inginkan sejarah aku jadi motivasi pada anak anak aku..

aku inginkan nama aku terpahat dalam lipatan sejarah keluarga aku…...............



32) Beli rumah kedua
Alhamdulillah...target aku nak beli rumah kedua di KL terlaksana.Asalnya aku bercadang nak beli rumah flet low cost tapi bila pikiaq kalau beli rumah kedua low cost,dah tentu aku kena standby 30% deposit untuk beli rumah ketiga..masak juga kalau nak standby 30% deposit..huhuhu..

Last2 aku ambik keputusan beli condo.Sekurang kurangnya aset harta aku bertambah.Kalau aku nak beli rumah ketiga,dah tentu aku beli medium cost yang berharga around rm100k..at least aku cuma standby rm35k..takde la parah sangat..

Memandangkan aku hanya ada satu income jer so next pencangan.....tahun depan bulan march,aku nak refinance rumah kat penang..dengan duit tu,boleh aku set up kedai..aku nak bagi bini aku handle kedai tu..ada juga side income....bahaya woooo kalau satu income jer.....



33)Miliki cahaya mata yg kedua


Alhamdullilah ke hadrat Ilahi..aku di kurniakan seorang puteri.Puteri lahir kat Hospital Sungai Buloh pada 21 September 2011.Syukur pada Mu atas rzeki yg Engkau kurniakan...Mudahan puteriku menjadi anak yang solehah dan tabah menempuh kehidupan yg bakal mendatang!










16 comments:

  1. woahh. terjumpa cerita ni terus nak baca sampai habis

    ReplyDelete
  2. Mmg best arr.semangat yg tinggi

    ReplyDelete
  3. Aku pun sakit camtu ke asyik stress je kerja , pastu kerja je tak tahan jea berhenti ...

    ReplyDelete
  4. Aku pun sakit camtu ke asyik stress je kerja , pastu kerja je tak tahan jea berhenti ...

    ReplyDelete
  5. assalam,,terbaik bro kisah lu!! gua doa kan lu selalu dalam rahmat ilahi.

    ReplyDelete
  6. Salam bang..masih kt jf lg ke?hihi

    ReplyDelete
  7. Tahniah dan terus berusaha dengan cemerlang!

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing! Memberi motivasi!

    ReplyDelete
  9. Semoga berjaya dunia akhirat bro, gua doa untuk lu

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya dunia akhirat bro, gua doa untuk lu

    ReplyDelete
  11. Tahun 2020 dan masih menjadi inspirasi

    ReplyDelete
  12. Padu giler citer abg nih,boley jdi inspirasi utk aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..terima kasih kerana melawat dan membaca kisah saya...disini saya ada sambungannya dari tahun 2011 hingga sekarang...harap anda mendapat semangat dan motivasi dari kisah saya

      https://lapan-tapak.blogspot.com/2024/02/

      Delete